Monday, January 3, 2011

Isnin Yang Memalukan..



Hari ni hari Isnin..Dan sekolah juga mula dibuka hari ni..Selamat bersekolah kepada adik-adik yang baru nak masuk darjah satu..Mesti bermacam-macam ragam mereka, sampai penat cikgu nak melayan..hoho

Tapi bagi orang yang berkerja, hari isnin adalah hari yang kalau boleh x payah ada pun tak ape..hehe..bila hari isnin, dah sibuk-sibuk menghitung hari bila nak hari jumaat ni..Itulah culture oang yang berkerja..selalunya hari isnin ak mesti terasa berat sangat tulang..pergi kerja pun melangkah dengan lemah longlai..dan selalunya akan terover sleep walaupun sudah puas tidur sepanjang wekend..

Hari ni seperti hari isnin yang sebelum sebelumnya..biasanya hari isnin mesti aku hanya berpakaian selekeh ke tempat kerja sebab main rembat je baju mana yang senang dipakai dan x payah diiron..yelah dah bangun lambat mestilah x sempat nk bersiap-siap cantik berwangi bagai..selalunya ak hanya memakai t-shirt je..ni juga merupakan tanda ak protes hari isnin x payah wujud, kalau boleh bagi je la cuti hari isnin..alahai bos ni kedekut betullah..haha..memang x kan majulah kalau asyik nak bercuti je padahal cuti pun bukan buat apa..


 Dah lama x pergi pantai..seronoknya dapat berlari-lari anak mengejar ombak

Pagi ni memang terlambat betul..Bayangkan masuk kerja pukul 9, bangunnya pukul 8.00, mandi dah 10 minit. Buka almari tengok baju..Nampak baju t-shirt lengan pendek berserta cardigan tergantung elok..cantik ah x payah susah2 aku nak selongkar almari cari baju. Capai tanpa was-was..tengok tudung, ala berkedut pulak..On iron, seterika selaju mungkin selendang hijau yang menjadi pilihan utk dimatckan dengan baju..Belit sana sini sikit dah siap..Tengok jam pukul 8.30, sarung selipar dan terkocoh-kocoh keluar dari rumah..


 Rasanya kalau hari isnin kena on sebanyak mungkin alarm bagi memudahkan bangun tidur

Tunggu lift..sesaat..dua saat..tiga saat..ting!! Pintu terbuka, kelihatan dua orang perempuan segak berbaju kurung serta berkasut tumit tinggi..Hmm ini lah etika pakaian yang betul sambil berbisik dalam hati..Kedengaran sok sek sok sek (bunyi bisikan) di belakang beserta tawa halus..ak tengok kasut, ak tengok baju ok je..nak kata ak pakai baju terkalih x juga..selipar ok je x de kawin-kawin ngan selipar jepun ke ape..hmm lantak korang la malas nak pikir dah la ak lambat ni..keluar dari lift berhamburan menuju ke stesen LRT..Naik lrt nasib x ramai orang..Kelihatan semua orang berpakaian etika berkerja.."hmm mesti diaorang ni ingat ak nak pergi berjalan-jalan sebab berpakai macam ni dan hanya berselipar" bisik hati kecil ku..ada yang memandang ak dengan semacam..mula la terbit rasa keperasanan dalam diri..ak ni cantik comel kot sebab tu orang pandang..haha (perasan betol lah minah ni)

Sampai di stesen yang dituju sudah pukul 8.50..marathon selaju mungkin ke destinasi tempat kerja yang terletak kira-kira 1km dari stesen LRT dan perlu melintasi jalan raya juga..Rasanya kalau ak masuk sukan berjalan dengan laju, mesti boleh menang ni..x pingat emas, pingat gangsa pun jadilah..ok perasan lagi..Sampai di office tercungap-cungap menyedut oksigen kedalam paru-paru..pergh penat betul la..Beginilah hari-hariku demi mendapat sesuap rezeki yang halal (ces buat ayat sedih pulak)..


 Aku sepertinya mendapat exercise yang cukup kerana hari-hari serasa berjogging ke tempat kerja

Berehat sekejap melepaskan batuk ditangga..Kemudian menuju ke toilet mengerjakan apa yang patut..Ketika memperkemaskan diri, tetiba terpandang satu benda targantung-gantung di belakang badan yang kelihatan disebalik selendang yang nipis..Menggosok-gosok mata yang x gatal dua tiga kali sambil meneropong benda tue..Apakah benda tu??..Ketika kanta mata dapat mengzoom dan mengenal pasti serta yakin dan membenarkan apa yang benar.....................


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...lupa tanggalkan price tag kat baju....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Price tag yang berjaya menjatuhkan maruah ak..yes u did that!!

malunya...malunya...malunya...malunya....malunya...1000x..nak nyorok bawah meja..

Patutlah mereka berketawa-tawaan di dalam lift tadi..sumpah malu bila fikir balik..jika ada yang menegur ketika dalam LRT tadi, mesti aku berpura-pura pengsan la la tu jugak dek kerana menanggung malu yang amat sangat..jatuh saham ak owh..kalau jatuh pun mesti ak x mengaku nak kutip balik..duh malunyeeeee...

 Baju yang dipakai tanpa was-was



hati kecil: Suka memalukan diri sendiri..the clumsy me..

4 comments:

hasmaLiana said...

adeh..tu la lain kali bgn awai..hehe..keja mana skrg?

Snowkid Malas Sign In said...

Bukan x nak bangun awal..TAPI....TAPI...
asyik sangat tido bermimpi putera raja..haha....okie tipu belaka..

Kerja dekat bangunan classic yang terletak di area-area masjid juga disebelah 'daratan' freedom..hmm mesti x faham abaikan..yang pasti saya penghijrah tegar kat KL nie..hehe

takky said...

hanya mampu senyum kambing...
hiihihhih
jgn mara ye

Snowkid said...

cis brani2 kamu senyum kambing disana..kambing pun x berani senyum tau..haha

apa boleh buat benda dah jadi(ayat pasrah)