Monday, January 10, 2011

Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Hari minggu, seboleh mungkin mahu dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah..So hari ahad semalam ak pun mengajaklah si housemate pergi berjogging sambil menghirup udara petang di sekitar Taman Jaya...Dalam pukul 5.30 ptg kitaorang pun keluar dari rumah menuju ke sana dengan menaiki kaki LRT..

Setibanya disana, kelihatan ramai orang melakukan aktiviti riadah masing-masing.. Ada yang berjogging, ada yang main badminton, ada yang memancing orang ikan, ada yang berkelah dan tak dilupakan ada yang berdating..Yela tempat dia pun cambest, besar pulak tu dan ada tasik juga..so kira sesuai la untuk melakukan apa jenis aktiviti pun..

 trek jogging yang luas juga tempat bersidainya para pemancing

Mula-mula kitaorang hanya berjalan-jalan di sekitarnya mengelilingi tasik ni..Panaskan enjin la katakan..takkan datang-datang terus nak berjogging nanti x pasal-pasal otot cramp pulak..dari nak sihat terus jadi cari penyakit pulak..hoho

Cukup satu pusingan, kitaorang pun start la berjogging..ada juga si pemancing orang ikan yang bersidai di tepi tasik bersuara nakal mengatakan kitaorang ni berkawat pulak..dengan bermuka kelat, kitaorang tetap meneruskan penjoggingan ni..biar apa pn yang dikata ianya sama sekali tidak akan melunturkan semangat kitaorang untuk meneruskan misi penjoggingan ini..

Dari jauh kelihatan orang semakin ramai membanjiri sekitar tasik ni..ramai jugak org yang datang ke sini menunjukkan betapa mereka juga sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat..si housemate yang seorang ni sudah jauh berjogging meninggalkan ak dengan seorang lagi si housemate..bersemangat sungguh beliau berjogging sampai x terkejar kitaorang ni..x pe lah mebi beliau excited dapat melihat pemandangan di sini kot..yelah 1st time di bawa berjogging di sini..jangan beliau bersemangat kerana ingin mengejar pemuda hensem sudah la..haru pulak nanti..hehehe

 kalau yang ini sedang berjogging masa tu, sumpah ak turut serta mengejar sambil menolak si housemate jatuh ketepi..lol

Sudah cukup satu pusingan berjogging, badan pun dah start semput tanda dah lama x service..haish muda-muda lagi badan cepat betul hilang stamina..namun digagahi juga kaki meneruskan penjoggingan ini..tp bila dah sampai separuh pusingan memang dah betul-betul x boleh pergi..x pe lah berjalan je lah sambil meregang-regangkan otot..si housemate ni masih lagi bersemangat waja diri..ak tabik beliau..ini lah yang dikatakan alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan jangan hanya hangat-hangat taik ayam saje..x pe lah minggu depan boleh jogging lagi..kata ak dalam hati padahal lebih kepada nak menyedapkan hati sendiri..haha

Usai berjogging, si housemate yang excited tu mengajak membeli air yang di jual berdekatan situ bagi membasahkan tekak yang kehausan..ak dan si housemate seorang lagi hanya mengeleng tanda x mahu..maka beliau pun pergilah membeli seorang diri..selesai membeli, disedutnya air asam boi berais tu 3 4 kali sambil menyuakan kepada ak pula.."hmm minum air ais ni x elok utk kesihatan..nanti cepat letih" kata ak..namun tangan mencapai juga air yang disua beliau demi menjaga hati beliau..heheh

Kemudian ak pun mencadangkan kepada mereka 'berjogging' di dalam Amcorp Mall pula..kalau berjogging dalam ni comfirm x berpeluh..so mereka pun bersetuju untuk mengikut cadangan ak..kitaorang berjogging pergi ke Giant perabiskan duit membeli apa yang patut..kemudian ak teringat nak pergi ke satu tempat ni..dah lama nak pergi sampai asyik dok termimpi-mimpi je..rindu betul ak nak menjejakkan kaki ke situ..ak pun apa lagi memujuk-mujuk la mereka supaya menemani ak ketempat tu..nak pergi sorang macam x best la pulak rasenya..

Amcorp Mall yang terletak bersebelahan tempat berjogging

Setibanya di sana, hati ak melonjak kegirangan..yeah akhirnya penantian ak berakhir juga..tiba-tiba ada seorang pemuda menyapa "ye cik nak apa??"..ak "emm sekejap ye" sambil meninjau-ninjau papan yang terletak dibelakang pemuda itu..

"ok saya nak order mc chicken satu regular punya, tambah mc flurry berries dan x nak air coke ye..bagi air sprite" kata ak dengan hanya sekali lafaz

Manakala si housemate di belakang berbisik-bisik sesama sendiri..cis mengata ak la tue..

Gaya sihat apa kebendanya lepas jogging pegi melantak mcd sampai x ingat dunia..buang karen je..hampagas betol la..

i lap u mekd..asyik teringatkan ekau je


dalam hati: taktik mengajak berjogging tu hanya lah satu alasan untuk ak pegi membeli mcD..nak pegi sorang-sorang macam malas so umpanlah mereka konon2 berjogging kat Taman Jaya best..harharhar
ternampak profile pic kt fb seorang-yang-dikenali-tapi-tak-penah-tegur sedang menaiki basikal..mau drop comment "nk tumpang boleh" tp segan la pulak..

No comments: