Wednesday, January 5, 2011

Rindu Mahu Berbasikal

Teringat zaman kecik-kecik dulu, kalau nak ke sekolah mesti menunggang basikal..Pagi-pagi pergi ke sekolah ditemani kakak yang hanya tua setahun dan juga bersekolah di tempat yang sama..Kadang-kadang berlumba siapa yang sampai dulu..Owh terasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak..

 basikal ini lah yang ak tunggang berulang alik ke sekolah..tp basikal ak tu dulu kaler hitam kuning

Dahulu aku naik basikal BMX yang kecik ni sampai la darjah 5. Nasib masa tu ak berbadan kecil, so x de la masalah untuk ak masih menunggang basikal tu..Tapi kekadang tu malu jugak sebab masih tak reti menunggang basikal yang besar. Masa tu, ada seorang kawan-lelaki-jahat suka mengejek aku "Eeeiii  x malu, dah besar pun masih naik basikal kecik lagi" ejek beliau..lepas tu terjadi la perang mulut..masing-masing memberi idea kelebihan naik basikal besar dan kecil..

Aku: basikal kecik la senang, x makan space banyak bila nak parking..
Dia: basikal saya besar boleh bawak orang dekat belakang..
Aku: ala basikal saya x payah kena pam angin..(masa tu tayar basikal bmx ak tu adalah getah campuran plastik)
Dia: tapi tak best sebab rasa berat..tak boleh bawak laju-laju..lagi pun basikal saya pun jarang dipam anginnya..
Aku: kalau tertindih paku kat jalan, tayar basikal saya x lut..
Dia: tp kalau dihiris dengan pisau lut jugak kan (bercakap dengan slamber)
Aku:...............................speechless

grrrr..x nak kalah betul mamat ni!! Lepas tu, habis aje kelas pukul 12.40 t/hari, cepat-cepat aku keluar dari kelas menuju ke tempat parking basikal..Spotted!! Basikal beliau disitu..pandang kiri..pandang kanan..menyorong basikal ak pelan-pelan, then...

 Krannnnnnngggggggggg!!!

 Melanggar basikal beliau sampai terbalik..kikiki..padan muka beliau kerana mengejek aku tadi..tapi bila dipikir-pikir balik kesian pulak dekat basikal yang x bersalah tu~lol

basikal yang dibangga-banggakan oleh beliau..maaf ye Incik Basikal saya x berniat nak sakiti anda



Kalau boleh mahu gambar macam di atas..dibawa berjalan menaiki basikal dan melalui kawasan lapang yang ditumbuhi bunga tulip..errr kalau di Malaysia ada ke bunga tulip??..hmmm melalui sawah padi juga boleh lah sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..hehe bestnye kalau ada orang nak tolong bawakkan..

juga mahu dibawa menunggang mengelilingi kota

dan lagi best jika ada photographer mahu mengambil gambar 


hati kecil: kerajinan mengupdate yang luar biasa..tengok cermin, senyum sendirian walaupun tiada apa yang menggembirakan..(smile..smile..smile..even its not funny so that it will blow my rusted heart)

1 comment:

takky said...

rindu ble bace entry nie...
trigat basikal yg ada dekat umah...
dah brape tahun ntah dia kat c2...
dah x gune2 sampai la nie....
huhuhuhuhuhu