Tuesday, January 25, 2011

Apalah Nasib Diri

Big Foot ~~ ulala

 Hello semua!! dh lama rasanya x update blog ni..ok lah hari ni ak nak buat entri pasal tapak kaki..sedap ni kalau hadiah dekat muka sapa2..hehe joking je..Big Foot yang dalam gambar kat atas tu merupakan sejenis lolipop yang berperisa macam-macam juga disertakan serbuk sekali untuk dicicah bersama..rupa dia memang macam tapak kaki dan sedikit tak senonoh utk dimakan sebab mcm menjilat tapak kaki je namun rasanya agak sedap..adik ak panggil menda ni "apalah nasib diri" sebab kesian kt diri sendiri menjilat tapak kaki..haha..dulu masa kat asrama, ak pernah berbusiness menda ni dengan Cik Hasma..laku..ramai orang beli walaupun kitaorang jual 30 sen..padahal sepatutnya harga dia 20 sen ja..tp kerana nak untung (hahaha), kitaorang cakap la lolipop tu harga 20 sen manakala serbuk tu harga 10 sen..punya la kelentong tp orang percaya jugak..hehe

kawaiii~~ rasa mcm nak penyet-penyet kamu sekejap sebab buat ak 'melting'

Btw bercakap pasal tapak kaki ni, ak ada satu pengalaman comel pasal tapak kaki ni..disuatu malam ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi, kelihatan seorang budak sedang ralit mentouch-up drawing yang bakal dibentangkan keesokan harinya..itulah suka sangat buat kerja last minit, alih-alih kucing diri sendiri jugak yang susah~~haih..

Apabila minda dan fizikal tidak lagi berpadu tenaga, aku budak tu pun terpaksalah menurut kehendak si mata..maka terjadilah pertemuan diantara kelopak mata atas dan juga bawah..rapat dan juga erat..diatas lukisan yang terbentang bak permaidani di lantai , budak tu mengorak langkah memulakan mimpi-mimpi indah beliau..sedang diulit mimpi, tiba-tiba budak tu terasa tangannya disentuh oleh satu objek yang berbulu..menyangkakan putera raja tengah menghadiahi beliau sebuah seekor teddy bear, budak tu pun x ambik kesah sangat sambil meneruskan mimpi indah itu..namun objek yang berbulu itu terasa bergerak-gerak dan mengeluarkan satu bunyi yang berterusan..."hihihihihihihi" eh silap tone pulak.."brrrrr..brrrrr..brrrrr" bunyi objek tue..

Merasa tidak sedap hati, budak tu pun menggagau-gagau objek tu..nk buka mata terasa seram pulak, so tangan mengambil peranan untuk mengenal pasti objek tersebut..gagau punya gagau terasa lembut bulu objek tu bak sutera..hmm ni mesti selalu celup softlan..eh ada ekor..eh ada kaki..saat budak tu membuka mata, kelihatan wajah comel si kucing tersengih malu-malu kucing.."eh kamu datang kejutkan ak ke" bisik hati kecil budak tu..

Maka budak tu pun bangun menyambung semula pentouch-upan drawing tersebut..dan ketika itu juga, budak tu terpandang sesuatu yang x enak dilihat terhidang di atas drawing beliau.."kuang asam punya kucing, boleh pulak setepek dicopnya tapak kaki kt drawing ak yang indah rupawan ni..dh la esok nk kena present, mcm mna ni.." marah budak tu sambil mencubit si kucing yang  bersalah tu..menyedari budak itu tengah marah, si kucing cuba bergesel dan membuat aksi manja konon2 minta maaf la tue..huh maaf mu x kuterima lalu budak tu membuka pintu rumah dan dihumban diletak keluar kucing tersebut..si kucing pun mengiau2 minta nak masuk kedalam rumah semula mebi sebab takut kot dok kat luar..keke..berbekalkan hati yang keras, budak tu pekakkan je telinga beliau sambil menyudahkan kerja yang x siap2 dr tadi lagi..budak tu cuba sedaya upaya menanggalkan kesan cap mohor tapak kaki si kucing dengan menggunakan pemadam..namun kesan degil tu begitu sukar ditanggalkan walaupun diclorox mahupun divanish..akhirnya budak tu pasrah je la..

 susah-susah je datang mengecop drawing ak..grrrr

Keesokan harinya, sesi pembentangan diadakan..cuma display drawing saja x perlu dipresent kan..fuh lega!! Budak tu berdoa berjuta kali mintak supaya orang x perasan kesan tapak kaki tu. Namun ada juga yang perasan..cis tajam pulak mata sapa yang perasan tu..cik teddy "eiii kt drawing ko ad tapak kaki kucing la..mula tu x perasan apa benda tu, belek punya belek tapak kaki kucing rupanya..comel gila oke.."eh dia puji drawing ak comel..hehe kena berterima kasih kat si kucing ni..~lalala

Kesimpulannya, mana datangnya kucing tu jika ak tidak membela kucing dekat rumah sewa ni..misteri..misteri..

tau lah kamu comel..tp jangan la nak bercomelan atas drawing ak pulak..tskk




hati kecil: terasa mahu mengecop tapak kaki di muka sapa2 yang sudi tanpa sebab boleh??...berjumpa ramai arkitek/bakal arkitek di seminar semalam..muda dan juga hensome belaka ditambah mereka senyum kat ak..hehehe..udah ak jaga kt registration counter, memang la depa senyum kat ak~~dang

2 comments:

hasmaLiana said...

haha..igt2 jual bigfoot..jahatnya kita dulu..huhuhu..tiba2 rasa mcm bersalah pulak kt budak2 asrama yg beli

Snowkid said...

hehe tu la ada gak rasa bersalah..tp x pe la dulu budak2 lg..x matured~haha