Ketap bibir kejap-kejap
Namun masih terasa getarnya
Dongak muka ke langit tinggi-tinggi
Namun terasa perit pula tekak
Seolah tersekat diruang hakum
Akhirnya pasrah tunduk juga kebumi
Setitik..dua titik....
Ah degilnya kau mahu tumpah juga
Hendak dihamburkan kemana amarah ini??
Toleh kiri..toleh kanan..toleh kebelakang jua
Yang nampak hanya bayangan dibalik cermin hadapan
Samar-samar dikaburi bebola jernih
Pasrah lagi bila bayangan dikit-dikit kelihatan
Satu lagi lohong tertanam di lubuk
Yang tak mampu ditembusi manusia kecuali pelakunya
Entah bila masanya ruang yang ada
Habis ditebuk membunuh satu jiwa
Mana yang mahu kau pilih??
Ditebuk diruang yang sama
Ataupun diruang yang berasingan
Mana yang lebih sakit??
Tetapi serasanya ruang yang sama ditebuk berulang kali
Dalam..hitam lagi pekat
Sampaikan masa tidak mampu menimbus lohong hitam itu
Setahun?? sedekad?? seabad??
Persetankan masa itu
Move on?? come on lah
Kalau benda depan mata
Senang-senang kau boleh sepak tepi
Ini rantai yang macam bayang-bayang
Tiada tempat untuk kau pilih
Selagi nyawa bersatu dengan badan
Itu yang aku pasti
hati kecil: terperuk rasa hati..didaerah mana kau mahu lakukan penjeritan melontar jauh rasa yang macam celaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment