Bukan cuba menjadi pengecut
Cuma cuba menjadi gagah untuk berdiri semula
Supaya tiada yang perasan cacat celanya
Berlari kerana perisainya belum cukup ampuh
Menangkis satu-satunya serangan
Yang bisa buat dia rebah terkulai layu
Mungkin nampak kecil pada pandangan mereka
Tapi tidak pada manusia itu
Kerana acapkali dia disakiti
Walaupun kadang dia nampak tak peduli
Namun dihati berbekas rasa
Walaupun kadang dia cuba tak mengingati
Tetapi memori itu seperti racun
Meresap perlahan-lahan mengonar seluruh jiwa
Ah manusia ini tidak cukup kuat lagi
Merangkak keluar dari daerah hitam itu
hati kecil: sleep n sleep n sleep until u feel u can breath again..insomnia!!

No comments:
Post a Comment