Sunday, January 2, 2011

Pembukaan Tahun 2011

Pada jam 11 malam, kembalilah satu lagi umat Muhammad ke rahmatullah. Pergi menghadap tuhan Sang Pencipta. Al-Fatihah kepada arwah tokwan yang baru sahaja cukup hukum. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya..Amin

Mendapat panggilan sebelum tengah malam, tersentak, terkedu berserta x berperasaan seketika..tapi hati memang tak boleh ditipu..diserbu satu rasa yang halus sambil laju empangan air mata pecah..ditambah selepas mendengar suara emak kedengaran tenang tetapi lemah..riak-riak esakan kedengaran di corong sebelah ini..x mampu berkata apa-apa hanya mendengar dengan teliti..

Selepas memutuskan talian esakan yang ditahan-tahan tadi bergema di seluruh bilik..aku ingat ak kuat rupanya tidak..dan disinar mata terbayang memori-memori bersama arwah..walaupun ak tak begitu rapat dengan arwah, kehilangan beliau berbekas dihati kerana darah yang mengalir dalam tubuh beliau turut sama mengalir dalam tubuh ini..Pembukaan lembaran tahun baru disulami dengan kepergian beliau..Al-Fatihah


hati kecil: mungkin tidak dapat menatap wajah buat kali terakhir kerana jarak ini..syukur dapat bersalam dan bercakap walaupun beliau tidak dapat mendengar pada minggu lepas sebelum pulang ke sini..

Saturday, January 1, 2011

Bermengarut Macam Dulu

Hari yang boring tidak berakhir lagi..so nak post entry banyak-banyak sampai pengsan...errr maksudnya sampai ZzzzZzz la..perut dah kenyang, mata pun cepat kuyu ditambah lemak-lemak bergiat aktif dalam badan..

Bila dah terasa boring, tengok balik status-status dulu kat FB..rindu pulak nak post tulisan-tulisan mengarut ditambah melayan kerenah ting-tong Cik Puan N dan Cik Teddy..Tapi sekarang, mereka entah kemana..hmmm =((...Nilah antara post-post yang agak ting-tong antara aku dan mereka..sila klik untuk paparan besar

  Cik Puan N


Cik Teddy



style jugak ye profil pic ak tue..hehe prasan!!dah bai..

hati kecil: actually..actually..actually..i do miss them..aaaaa..blush sambil nyorok bawah meja

Hari Yang Boring, Petang Yang Boring, Ak Yang Boring..Eee Boringnye

Hari ni hari sabtu..

Hari ni memang boring sebab....

Tidak lagi mempart time kan diri..so x biase la ai..haha

Apasal semua org nk balik kg ni..tinggalkan ak sorang..tau lah rumah korang dekat..huhu emo jap

Tak keluar kemana-mana sebab sayang nk perabiskan duit..eeeeiii padahal malas nak merayau sorang-sorang..hoho..bukan ape nanti kang ak terbeli menda yang x patut, x de sapa nak halang pulak..aku jugak yang susah nanti nengok purse makin menipis..

Terasa amat malas nak buat apa-apa..asyik baring je dlm bilik mengadap Incik Lappy..

So solution kepada keboringan ni, ak nak tambah lemak kat badan..

Keluar bilik, mengadap tv sambil mengopek ikan bilis..

Eh best pulak cita hindustan kat tv ni..layan je la dulu (dah lama x layan hindustan ni)

Huhu sedih pulak cita hindustan ni..sob..sob..cita pasal 2 orang lelaki kena buat filem pendek. Then diaorang decide nak buat cerita pasal kenapa orang x patut join army..last2 diaorang sedar kenapa orang nk join army sedangkan diaorang boleh hilang nyawa bila-bila masa je..best!! Ni lah salah satu cita hindustan yang x cintan cintun sangat..ak bagi 4.5 bintang

Kemudian masuk dapur..ketung-ketang-ketung-ketang (bunyi kuali berlaga dgn senduk)..sok sek sok sek sana sini sikit dah siap hidangan berlemak..tengok jam, owh ni dah boleh dikira dinner..x pe sep sikit lunch n dinner sekaligus..hoho

amacam..ada mcm hidangan ala-ala kat hotel tak??haha


 makan dengan gelojohnya sampaikan kalau org lalu sebelah pun tak perasan..hihi...shhheeedaaaap..mulut penuh ngan nasik pun masih nak cakap lagi..hehe gelojoh betul anak sapa la ni..

hmmmm boring gak kan entri ni macam tajuk dia...

hati kecil: I'm use to be alone. It part of myself after all. And also be boring

Sehari Berkenduri Kawen

Tanggal 25 December 2010 dimana orang lain sibuk-sibuk menyambut hari natal, ak pun menyebokkan diri juga nak berkenduri kawen..eh silap bukan ak, kakak ak yg berkahwen..hehe

Dugaan kenduri kawen memang x dapat dielakkan walaupun seperfect mana preparation dibuat. Almaklum lah ni first kenduri yang dianjurkan oleh parents ak, so memang x de pengalaman langsung. Tapi berkat kerjasama dan gotong royong dari sanak saudara dan orang kampung majlis berjalan dengan agak lancar. Alhamdulillah..

Sehari sebelum kenduri kawen tu, hajun turun mencurah-curah ke ladang gandum bumi. So jalan nak ke rumah ak tu melekit dan melekat serta berlumpur berbecak dan bermacam-macam ada (iklan astro jap). Hal ini (ceit macam nak buat karangan pulak) menyukarkan pergerakan orang ramai yang nak kerumah ak.

Dengan hujan yang x berhenti-henti sampai ke malam, kelihatan riak-riak resah diwajah ibunda dan ayahnda. Tiba-tiba ak terpandang seorang budak berbaju hitam dengan tulisan yang x digemari ditengah-ditengah malam buta ini (macam suspen pulak). Dengan nada yang kuat ak bercakap kat budak tu "oooo..angah pakai baju hujan ye..sebab tu asyik hujan je"..lepas tu kecoh semua orang jap..hehe saja buat gimik je lebih..ok aksi ni dilarang sama sekali ditiru. Hujan tu kan rahmat dari tuhan.

 Keesokannya hujan pun dah berhenti dan pagi disinari mentari yang terang benderang. Ayah dan pakcik ak sibuk menimbun pasir di tempat yang becak bagi memudahkan orang ramai berlalu lalang. Kemudian datanglah segerombolan orang kampung untuk melakukan upacara masak-memasak. Ada yang busy memotong daging la, busy membasuh beras la, busy mengupas nenas la, busy bergosip la dan buat-buat busy (ak la tu)..Bak kata pagi tu memang busy la..

 Then tengah rancak mengerjakan apa yang patut tetiba ada barang x cukup pulak..nenas banyak yang busuk dan buruk..lada putih yang nak dipakai dalam masakan x dibeli pulak..haduih maka terjadilah kekecohan disitu (sebenarnya x de lah kecoh mana pun). Nasib masalah ni dapat disetelkan dengan jayanya walaupun terjadi sedikit pertengkaran yang x enak dilihat..huhu

 Bila mkanan dah siap, orang pun datang menjamu selera. Dalam pukul 2 pengantin pun sampai memeriahkan lagi suasana. Tangkap gambar sana sikit. Pot-pet pot-pet dah petang. Maka tamat lah majlis hari ini. Nilah gambar yang berjaya disnap oleh tangan ku yang hanya bertaraf amatur je..Jom layan...


 orang lain yang patut berinai mereka pulak yang terlebih nak berinai

 hasil tangan ak..hehe..bila dibelek-belek kreatif gak ak ni ye (naik lift tekan sendiri)

gambar pelamin berserta budak berbaju hujan. tang mana ak tangkap gambaq, depa sebok ja nak masuk dalam gambaq..haih budak-budak ni....

 hidangan untuk santapan sang pengantin. alih-alih kitaorang jugak yang makan sebab si pengantin dok control-control malu..haha

si pengantin..moga kekal ke akhir hayat

 hantaran dari mereka. kek tu seperti lori tertumpah gula..manis sampai loya tekak nak telan

gambar sefamili berbaju hijau..ala gambar ak rosak pulak..=p

 Bila belek-belek balik kamera tengok gambar ak ciput je. Beberapa keping je gambar orang lain yang banyak nye. Cisdel betul la...

 Dalam kesebokan ramai orang, ada sorang makcik bertanya "kamu dah ada calon ke?"..aku "er..er..sambil buat muka innocent"..duh ni yang lemah seluruh badan den ni..


hati kecil: bertambah seorang lelaki dalam famili. Marriage is not simple as we think. It full of responsible, loyalty and understanding. If u not ready or ever ready don't try to step on it cause it will make other peoples suffer from your doing..

Azam 2011

Hello World!! Happy New Year......preeeeeeeeettt

Sempena tahun baru ni, ak nak tulis pasal azam yg ak nk capai dlm tahun 2011. Owh ya tahun 2011 adalah tahun rabbit..so kepada rabbit-ians this year is yours~~wohoooo....hoyeah (sambil angkat 2 belah tangan lagaknya seperti bersorak apabila KFCM berjaya menangkap sepakan penalti dari Indonesia)~~ ok back to the basic

 1. Tahun ni ak berazam nak mengulatkan diri membaca buku yang baru diborong habis-habisan after    mendapat gaji..hehe..Dengan bermodalkan rm1oo++ ak berjaya mengkidnap sejumlah buku dari  BookXcess disamping menjana pendapatan kedai ni..ciskek habis duit ak..huhu..btw kedai ni tempat ak  mempart timekan diri mencari rezeki halal gitu. So dpt beli buku ngan harga discount staff..wink..wink..Dahlah harga buku kat sini murah-murah (meleleh air liur kalau tengok..ok tipu..ayat terlebih metafore) ditambah dapat diskaun lagi..sape x nak oit..and here buku yang berjaya ak kidnap

kalau seminggu baru satu muka surat, bila tahunnya nk habis..ulat betul la ak ni
 my all time favorite by Ms Audrey..Claire and Henry so sweet..hmm kalaulah kita boleh time travel..then jumpa pulak bakal x payah susah2 nk jumpa orang yg salah (apa ak mengarut ni)..dah!! abaikan

 2. Ak berazam nak.....................nak..................nak..................aiseh lupa pulak..hehe sebenarnya ak x terpikir lagi pun apadia..cis satu je azam kau tajuk punya la nak gempak!!~~~larikan diri

 ghupa kedai yang x-rugi-ko-beli-buku-kat-sini..kedai yang berkonsepkan orange-range (memandai ak je)
 p/s: cik teddy, nicholas spark tu pandai nyorok..saye x jumpa lagi..gomen


hati kecil: p.s i love u my book..its good u know to have some kind of azam